Thursday, September 23, 2010

PENGUMPUL HADIS QUDSI

  1. 'Abd al-Ra'uf Ibn 'Ali al-Munawi dalam kitabnya: al-Ithafat al-Suniyyah bi al-Hadith al-Qudsiyyah, bilangan Hadis Qudsi di dalamnya sebanyak 272 buah.
  2.  Imam Abu 'Abd Allah Muhamad Ibn Ali Ibn al-'Arabi al-Ta'i, dalam kitabnya Misykat al-Anwar fima Ruwiya 'an Allah Subhanahu min al-Akhbar.
  3. Abu Nasr Ibn Husayn Ibn 'Ali al-Husayni al-Bukhari al-Qanuji, di dalam kitabnya Hazira al-Taqdis wa Zakhirah al-Ta'nis. Ia mengandungi 14 kitab dan beberapa bab. beliau menyusun Hadis Qudsi di dalam mukaddimahnya. Beliau mengakhirinya dengan geografi perawi Hadis Qudsi yang dimuatkan di dalam bukunya.
  4. al-'Allamah Mula 'Ali al-Qari, kitabnya al-Ahadith al-Qudsiyyah al-'Arba'iniyyah, di dalamnya terkumpul sebanyak 40 buah Hadis Qudsi. 

KEDUDUKAN DAN KEHUJAHAN HADIS QUDSI

  1. Ia adalah kalam Allah sendiri berdasarkan beberapa hujah iaitu:
  • Nabi s.a.w. telah mengatakan secara khusus dan jelas bahawa ianya menunjukkan kalam Allah berbanding hadis-hadis baginda yang lain. 
  • Penggunaan kata ganti nama pertama Allah nisbahkan kepada zatnya menunjukkan perbazaan lafaz dengan hadis-hadis baginda yang lain.
  • Perawinya nabi sendiri terhadap lafaz Hadis Qudsi itu menunjukkan perbezaan lafaz dengan hadis-hadis baginda yang lain.
     2.  Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah sabda nabi sendiri seperti hadis-hadis baginda yang lain. tujuan nabi s.a.w. menyandarkannya kepada Allah ialah untuk menambahkan perhatian dan ambil berat umatnya dengan kandungan dan adab-adaberhadap hadis tersebut.

BILANGAN HADIS QUDSI

  1. Menurut pendapat Ibn Hajar al-Haythami, jumlah Hadis Qudsi mempunyai melebihi 100 buah.
  2. Mengikut pendapat yang dikemukakan oleh Ahli Hadis "Abd al-Ra'uf Ibn "Ali al-Munawi dalam kitabnya: al-Ithafat al-Suniyyah bilangan Hadis Qudsi ialah 272 buah.

MATLAMAT HADIS QUDSI

1. Membentuk serta memupuk kepercayaan kepada Allah s.w.t. dengan lebih meyakinkan, kerana Hadis Qudsi memperkatakan tentang kepercayaan aqidah yang sebenarnya mengenai Allah s.w.t., kekuasaan-Nya, kebesaran-Nya dan limpah rahmatnya.
2. Memperkatakan tentang kesempurnaan akhlak dan tindak-tanduk yang bersesuaian dengan aqidah, manakala Al-Quran dan hadis nabi pula lebih umum serta menyeluruh.

Tuesday, September 21, 2010

PERBEZAAN HADIS QUDSI DAN HADIS NABAWI

1.1 SUDUT PENGERTIAN :
  1. Sebagaimana yang disepakati oleh ulama,Hadis Qudsi ialah percakapan Allah s.w.t yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.
  2. Manakala Hadis Nabawi sudut istilah ulama hadis yang mana perkataannya keluar daripada Nabi tanpa dinisbahkan kepada Allah s.w.t.Erti kata lain:Hadis Nabawi mengikut ulama Hadis ialah segala yang disandarkan kepada Nabi baik berupa perkataan,perbuatan,sifat tubuh badan atau kelakuan,ketetapan dan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
1.2 SUDUT ISNAD ATAU SANAD :
  1. Hadis Qudsi hanyalah dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai pencerita dan ia dinisbahkan kepada Allah s.w.t. sebagai yang berfirman. seterusnya pula sudut isnad atau sanad Hadis Nabawi itu secara langsungnya dinisbahkan kepada Nabi sebagai orang yang bersabda.
1.3  SUDUT MAKNA :

     1.  Hadis Qudsi merupakan sebahagian daripada wahyu Allah s.w.t..Manakala sudut makna Hadis     Nabawi sebahagian besar daripadanya merupakan wahyu dan sebahagian besar yang lain pula merupakan ijtihad daripada Baginda Rasulullah s.a.w.itu sendiri.Seterusnya jika terdapat mana-mana ijtihad Baginda itu yang tidak tepat atau tersalah akan diperbetulkan oleh wahyu.

1.4  SUDUT ISI :

        1. Hadis Qudsi juga ada perbezaan dengan Hadis Nabawi.Di mana majoriti Hadis Qudsi itu membicarakan hal-hal yang berkaitan: Zat Allah,sifat-sifat-Nya.kebesaran-Nya.luas rahmat beserta nikmat-Nya juga kekuasaan-Nya.Manakala sudut isi Hadis Nabawi pula membicarakan perkara-perkara yang bersangkutan: keperluan hidup manusia,kepentingan manusia dan negara,menerangkan hukum halal dan haram serta perkhabaran baik dan buruk yang akan diterima oleh manusia yang melakukan kebajikan dan maksiat.

PERBEZAAN HADIS QUDSI DENGAN AL-QURAN

  1. Al-Quran diturunkan melalui Malaikat secara lisan dan talaqqi.Hadis Qudsi melalui Ruh Al-Amin dan sebahagiannya melalui wahyu ilham.
  2. Al-Quran dikira sebagai satu ibadat kepada Allah jika kita membacanya,sebaliknya hadis Qudsi tidak dikira ibadat kalau membacanya.
  3. Al-Quran mengandungi berbagai-bagai bentuk mukjizat yang tidak boleh ditandingi oleh manusia.Manakala hadis Qudsi tidak bersifat mukjizat.
  4. Ayat-ayat yang terdapat dalam Al-Quran dipanggil ayat dan surah.Manakala hadis Qudsi tidak dipanggil demikian.
  5. Orang yang menolak,mendusta atau tidak menerima Al-Quran,hukumnya kafir.Manakala Hadis Qudsi mengingkarinya tidak menjatuhkan seseorang itu ke dalam kekufuran.
  6. Al-Quran dijamin sepanjang masa hingga kiamat,tidak boleh diselewengkan atau diubah kandungannya berbanding hadis Qudsi yang tidak mendapat jaminan seperti itu.

CIRI-CIRI HADIS QUDSI.

  1. Makna daripada Allah dan lafaz daripada Nabi.
  2. Tidak dikira ibadat orang yang membacanya,iaitu tidak sebagaimana Al-Quran.
  3. Tidak disyaratkan penetapannya melalui Mutawatir.
  4. Disandarkan kepada Allah,tidak secara langsung.
  5. Hanya memperkatakan tentang atau soal-soal fadai'il sunat dan keistimewaan-keistimewaan.
  6. Kebanyakannya bersifat Ahad dan bertaraf zann.
  7. Menggunakan  lafaz-lafaz tertentu,antaranya:
  • Qala Rasulullah s.a.w Fima Yarwih 'An Rabbihi
  • Qala Allah Fima Rawahu ' Anhu Rasulullah.

PENGERTIAN HADIS QUDSI

Bahasa: Suci atau keberkatan.
Istilah: Setiap hadis yang dinisbahkan perkataannya kepada Allah Taala.Lafaznya daripada Nabi manakala maknanya daripada Allah,sama ada melalui ilham atau mimpi.